Sunday, February 10, 2013

Bila Lelaki Nak Tahu Perempuan Ada Dara Ke Tak?



memang tak leh blah bila ada yang search "Cara mengetahui gadis dara" oh God tak ada benda lain ke nak search. Pulak tu memang akan adalah yang di usuli dengan, "Betul ke lelaki tahu perempuan tak dara?" then "Tips kenali perempuan dara dari luaran" then "Beza perempuan virgin" then "Fizikal gadis tak dara luaran" then then sebagainya.

Masa lepak-lepak antara lelaki, akan ada punyalah jejaka berbunyi "Perh, cun siot awek tu. Mesti junior". Atau pun "Eh lawa awek tu. Mesti bukan batch kita kan?" Perh. Kiranya gadis junior akan sentiasa cun dari senior. Memang tak boleh blah. 

Akan ada punyalah yang cakap; 
"Tengok awek tu. Siku dia hitam la, bukan ke siku hitam tu maksudnya tak dara?"

Persoalannya di sini, tips-tips yang dinyatakan ni betul ke? Hell no. Its bullshit. Dan adakah anda tahu implikasi dari benda-benda macam ni yang boleh membawa fitnah? Hey bear in mind. fitnah gadis suci berzina dosanya lagi tinggi dari membunuh. Bercakap berpandukan tips-tips diatas boleh membawa kepada fitnah secara tak langsung. Serious shit korang tak perasan.

So para searcher yang terdesak nak tahu, Ada ke caranya nak tahu samaada perempuan tu dara atau tak? Ya tentu sekali ada. Ada tiga cara nak tahu samaada gadis tu masih dara atau tak iaitu;

1. Tanya.
Ya anda boleh direct terus tanya kat gadis tu. Paling kurang pun akan dapat lempangan. Dan jangan cari aku kalau tu yang korang dapat. 

Dan kalau si gadis tu dah ada boyfriend dan anda bukan boyfriend dia serta anda tanya soalan maut tu, anda mungkin akan dapat bukan sekadar lempangan.

2. Kahwin dengan gadis tu.
Kawin dan buat lah apa yang patut

3. Siasat. 
Siasat betul-betul gadis tu. Kalau dia dah berkahwin dan ada sorang, dua atau lebih anak then dia kata dia still dara memang dia tak pandai menipu.

So kesimpulannya, dari luaran korang tak boleh tahu samaada seseorang gadis tu masih dara atau tidak.  Ditambah lagi dengan keadaan zaman sekarang termasuk antiviti lasak harian, masalah, stress, situasi, jenayah dan apa-apa je lah yang boleh merubah bentuk badan si gadis. So, tips tu? Tips your head.

Hentikan spekulasi, stereotype dan stigma dalam masyarakat. Dan secara tak langsung menghentikan fitnah ke atas para gadis. Tergamak betul mengata bukan-bukan kat makhluk ciptaan Tuhan yang satu ni. Walaupun mereka semua lampi dan slow, suka menyusahkan serta gedik tak bertempat, mereka tetap cute. Tapi jangan salahkan lelaki kalau lelaki asyik pandang perempuan cute. Mereka hanya menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Pahala.



-EMIEYKECEK :)